AKU SUKA JALAN

Hi, aku sejak kecil lagi memang berminat dengan dunia luar ni. Masa sekolah rendah dulu pun subject favourite aku ialah geografi. Masa sekolah dulu time dapat jalan pun, time rombongan sekolah jer lah. Jalan ramai-ramai best, tapi tak puas sebab tak boleh nak bebas. Impian aku, suatu hari nanti nak jalan ke seluruh pelusuk dunia, travel 2 atau 3 tahun cam omputih dok buat tu. Kalau boleh , masa travel tu nak cuba macam-macam benda thrill, cam pergi naik gunung Kilimanjoro ker, kayak dekat sungai Amazon, ataupun hiking dekat Alaska. Tengok ler nanti camner.....

MARCH 96, Tokyo, Asakusa


Pertama kali setelah datang ke jepun. Masa tu masih duduk dekat Hachioji Seminar House, hari-hari takder kerja nak buat, so bila Madie ngan Pak Lie nak keluar jalan ke Tokyo, aku pun join ler. Kitorang pergi ke Asakusa dan Tokyo Tower yang tak beraper famous tu. First time dapat jalan-jalan dekat luar, seronok tak payah cajaplah. Masa tu ler mula-mula sekali rasa bertuah pulak dapat belajar dekat negara orang .



MARCH 96, Tokyo Disneyland


Pergi ke Disneyland Tokyo, saper tak nakkan. Pergi kali ni dengan semua bebudak JMC second batch sempena dengan semua lulus masuk ke universiti disini.Walaupun hari kitorang pergi tu hujan renyai-renyai, tapi orang tetap sesak kat sini. Mana tidaknya, tempat ni dikunjungi oleh 17 juta pengunjung setahun. Nak naik ke satu attraction kena tunggu 1 hingga 3 jam. Patut ler orang kata Disneyland tak boleh habis lawat sehari.


August 96, Hakone


Pergi hiking di Hakone bersama Noni dan Madie. Terlebih seronok sampai lupa nak hiking. Start hiking bila dah petang, dah nak gelap. Time balik tak jumpa jalan balik sebab dah malam sangat.Bas pun dah habis. Terpaksa jalan kaki 3 jam ke Odawara sebelum dapat hitch-hike kereta . Nasib baik ader orang nak bagi tumpang, kalau tidak terpaksa ler hiking sepanjang malam.

AUGUST 96, Kyoto, Osaka, Kobe, Nara


Cuti musim panas pertama, turun ke Kansai dengan Madie, Aldriee, Hairi dan Syaril. Perjalanan ke Kyoto naik keretapi malam selama 9 jam.Keretapi penuh , terpaksa tidur dekat lantai ajer. Kebetulan ramai budak JMC lain yang turun ke Kansai pada masa yang sama, semuanyer ambik peluang perabihkan boreh rumah bebudak Ritsumekan. Kesian Madi, Badak ngan Kay Ei , nasib korang ler..


AUGUST 97, Hokkaido



Hokkaido, the other side of Japan. Pergi dengan Madie naik feri dari Tokyo, 2 malam 1 hari. Madie mabuk laut,2 malm 1 hari pengsan, buang mase betul budak ni. Kat Hokkaido pusing naik keretapi dan bermalam di camp site. Berbeza dengan Tokyo, Hokkaido sememangnyer tempat yang tersangat indah, tak cukup dengan kata-kata nak memgambarkannyer, terpaksa tengok gambar.


MARCH 98, Sabah



Dapat tiket free dari MAS, pergi ke Sabah dengan Madie. Nak panjat Gunung Kinabalu tapi tak ader persediaan. Habiskan masa dekat Pulau Manukan dengan snorekling dan bersantai tepi pantai, rasa cam mat salleh lak. Pergi ke Kota Belud nak tengok Pasar Tamu, tapi silap haribulan. Dapat tengok kambing dengan lembu jer kat situ.


AUGUST 98, Osaka, Kyoto



Pergi ke rumah Bob di Osaka , Madie di Tokyo. Jalan-jalan dekat Biwa Kou, tasik terbesar dekat Jepun. Makan tidoq kat rumah orang, memang best...


SEPTEMBER 98, UK, France, (Seoul)



Pergi ke London dan Paris dengan Madie dan Aldrie , hasil buat part-time masa cuti. Naik flight dari Osaka ke Seoul dan kemudian dari Seol ke London selama 16 jam dengan Korean Air, nasib baik tak meletup kat udara. Masa balik jumper dengan Hajar, Maru, Faizah, Mila dan Ros dekat Seoul. What a small world....

DECEMBER 98, Hakone



Ke Hakone lagi, tapi kali ni dengan 12 budak Tokai yang lain sempena dengan nak raikan IS yang dah nak habih belajar. Bermalam dekat rumah tepi bukit. BBQ , main bunga api dan main terup sampai pagi. IS kena penyek muka dengan kek tapi lepas tu revenge balik, semua kena kecuali Abg Rippin yang cuba gunakan kuasa veto dier.

FEB 99, EGYPT, Jordan ,Syria!!!, (Moscow)



Berbasikal di Egypt dan Jordan selama 2 minggu. Waktu pergi bermalam dekat Moscow, Russia tapi sebab duit tak der terpaksa tidur kat airport ajer. Sejuk, tapi nasib baik bawak sleeping bag sekali. Merancang untuk berbasikal sampai ke SPAIN , tapi sebab terlalu banyak masalah yang tak dapat dielakkan yang tak dapat diceritakan, terpaksa berhenti dekat Syria ajer.


MARCH 99, Hiroshima,Himeji, Shikoku



Akhirnyer berjaya juga pergi ke tempat yang paling hendak dilawati di Jepun ni, Hiroshima. Pergi dengan Bob dan Madie. Bermalam di Hiroshima dan Yamakuni. Bob kena radiasi atom dekat Hiroshima, terus perut jadi tak kenyang-kenyang. Dekat Yamakuni, hotel 7500 yen seorang semalam,tawar-tawar dapat jadi 2500 yen, besttt. Waktu balik singgah di Shikoku, tapi sebab budget tak cukup terpaksa balik ke Osaka semula.


AUGUST 99, Singapore, Malaysia, Thai, Hong Kong



Gunakan tiket murah United Airlines untuk perjalanan Tokyo-Singapore , Bangkok-Hong Kong dan Hong Kong-Tokyo. Semuanyer cuma 45000 yen. Lebih susah nak cari makanan halal di Hong Kong berbanding dengan Jepun ataupun tempat lain.



ADVENTUROUS LIFE