SELAYANG PANDANG

TOKAI UNIVERSITY OF JAPAN

Tokai University merupakan salah sebuah universiti swasta yang terbesar di Jepun, mempunyai bilangan pelajar seramai 28000 orang penuntut di 8 buah kampusnya . Kampus utamanya terletak di Hadano,Kanagawa.Kesemua pelajar Malaysia di Tokai University menuntut di kampus utama buat masa ini. Selain itu, universiti ini juga mempunyai kampus cawangan di Kyushu, Hokkaido, Tokyo, Hawai dan Denmark.


Kampus utama universiti ini terletak di Hadano, Kanagawa. Hadano merupakan salah sebuah dari berpuluh-puluh buah "bedtown" dikawasan Kanto, atau dengan kata lain bandar yang berfungsi sebagai tempat tinggal bagi pekerja-pekerja yang berulang-alik setiap hari ke pusat bandar Tokyo. Di metropolitan-metropolitan utama di Jepun, adalah menjadi kebiasaan untuk berulang-alik 3 hingga 5 jam setiap hari ke tempat kerja disebabkan kesesakan dan juga harga rumah/tanah yang tinggi di pusat bandar. Bagaimana pun, kekurangan ini di atasi dengan adanya sistem pengangkutan keretapi yang cekap di sini.


KISAH KAMI

Sejarah pelajar Malaysia di TOKAI UNIVERSITY bermula pada tahun 1995 apabila IS , pelajar kumpulan pertama JMC (JAPANESE MATRICULATION CENTRE) yang kacak tampan memulakan pengajian tahun pertamanya pada HARU semester 1995.
Pada tahun berikutnya, seramai 5 lagi pelajar dari batch kedua JMC menyertai IS , diikuti dengan 8 orang pada tahun 1997 dan 4 orang pada 1998. Tahun 1999, IS telah menamatkan riwayatnyer di TOKAI tetapi tempatnya telah digantikan dengan cemerlang oleh seorang pelajar kumpulan terakhir JMC , yakni CEK menjadikan jumlah kesemua pelajar MALAYSIA di TOKAI sebanyak 18 orangt buat masa ini.


"I NEVER ACCEPT FAILED TO TRY"

michael jordan