NEGARA MATAHARI TERBIT

MARI JALAN-JALAN

Jepun, negara yang tak ramai orang Malaysia datang melawat berbanding dengan US dan UK. Bagi mereka yang kurang mengenali Jepun, disini kitorang perkenalkan tempat-tempat menarik yang wujud kat negara matahari terbit ni. Kalau anda baru datang ke Jepun, destinasi pertama yang patut anda lawati semestinya TOKYO DISNEYLAND. Orang kata kalau datang Jepun tak datang sini baik tak yah datang. Selain dari TOKYO DISNEYLAND, tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai adalah taman-taman hiburan seperti HAKKEJIMA SEA PARADISE, YOMIURILAND, FUJIKYULAND dan yang sejenis dengannya. Dekat sini kita boleh jumpa roller-coaster yang paling hebat-hebat kat dunia, tapi kalau datang takat nak tangkap gambar tapi takut nak naik macam budak dot...dot....pitt...tu, baik tak yah datang.

Satu lagi tempat yang menjadi tumpuan di Tokyo ini ialah UENO, pertama sebab kat sini boleh beli barang-barang import dari Malaysia macam petai, serai, etc. Kedua sebab kat sini ada UENO ZOO. Bukannyer best sangat UENO ZOO ni, cuma kat sini boleh tengok panda dan beruang kutub yang tak boleh dilihat kat ZOO NEGARA. Tapi si Nonie suka pergi ZOO kat sini pasal kata dia zoo ni mengingatkan dia pada kampung halaman. Selain dari Ueno, masih banyak tempat yang menarik untuk dilawati di Tokyo ini seperti Asakusa, Shibuya, Kamakura dan lain-lain lagi.

Melangkah keluar dari kawasan Tokyo, tidak terkira jumlahnya tempat-tempat menarik untuk dilawati. Dari Hokkaido di utara hinggalah Okinawa di selatan, Jepun sememangnya negara yang kaya dengan alam semula jadi. Tempat yang orang kata mesti pergi semasa duduk di Jepun ni tak lain dan tak bukan HOKKAIDO dan juga KYOTO.

HOKKAIDO, kawasan yang alam semulajadinya masih terpelihara dan jauh berbeza dari megapolis Tokyo. Disini, jalanrayanya lurus dan lebar dan tiada bangunan-bangunan yang sesak seperti tempat lain di Jepun. Dari jendela keretapi pula kita boleh melihat ladang-ladang bunga matahari, gandum, lavender dan lain-lain yang luas saujana mata memandang. Pada musim sejuk, Hokkaido menjadi tumpuan peminat-peminat ski dan juga snowboard, kerana disinilah kawasan yang mempunyai salji yang paling tebal di Jepun. Suhu musim sejuk disini boleh mencapai 40 darjah bawah paras beku.

KYOTO, bandar bersejarah Jepun yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Jika anda datang ke sini anda akan dapat melihat senibina-senibina kayu yang antara tertua dan terunggul di dunia. Dekat sini juga letaknya Kyoto Eki, stesyen keretapi yang paling menarik di dunia. Bagi anda yang inginkan suasana Jepun seperti yang dilihat di dalam filem-filem lama, Kyoto adalah tempatnya.



TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG......