GAKUENSAI

Rasenye nilah antara aktikviti paling meriah yang kitorang buat tiap-tiap tahun. Kalau kat mesia tu kirakan cam jualan mase pesto konvo le kot. Tapi kat jepun ni kitorang panggil gakuensai (pesta pelajar), tapi yang sebenor-benornye kurang lebih cam pasar malam chow kit tu je.. Tujuan utame kitorang buat ni bukanler sekadar nak cari duit semata-mata ..yerlah.. berapa banyaklah sangat yang boleh dapat nak dibandingkan ngan tenaga yang dicurahkan .. money doesn't matter.

Tujuan utama kitorang adakah untok memperkenalkan makanan Malaysia dan seterusnya negara Malaysia itu sendiri kepada masyarakat Tokai dan juga masyarakat Hadano yang mana nama malaysia itu sendiri begitu asing bagi mereka. Selain tu dapat gak mengukuhkan ukhwah sesama kitorang kat sini bila saling bekerjasama , bergotong royong buat persiapan untok jualan. Kirakan masa nilah semuanye dapat berkumpul sekali. Kalu dak masing-masing sebok ngan assigment ler(cam PESAL) , baito ler (cam PEON).. study ler...(cam FAKRI)..ataupun sebok chat..(cam PEZOL)...


GAKUENSAI 1996

Maklumle first time buat, kecoh dari mula sampai sekarang. Masing-masing takat ade experience jual burger kat sekolah dulu aje. Masa ni students Malaysia kat Tokai baru ade 7 orang termasuk aku. So kitorang pun buat ler join venture ngan students dari Indonesia(2 orang) yang kitorang panggil indon tua dan indon muda. Kitorang adekan jualan dari 29 0kt hingga 31 Okt (3 hari). Masak-memasak semuanya di buat kat rumah MIRAQ yang bermurah hati kasi kitorang persepahkan rumah die.


Nak tau ape kitorang jual..mapiau..dak ler..kitorang jual karipap (main menu) , chek mek molek, kuih gelang, popia dan cekodok pisang Noni. Persiapan semuanye kitorang buat malam sebelum jualan. Mase ni ler semuanye nak tunjukkan kepakaran masing-masing menguli tepung, membuat bentuk dan cam cam lagi. Buat kerjanye sikit aje, riuh yang lebih. Tapi time buat jualan paling seronok bila tengok orang beratur depan gerai kitorang beli kuih...best gila...penat memang penat tapi seronoknye tu memang tak leh nak kate lah..untong kitorang...!!beraper ler agak nye..3 hari dapat untong 60000yen (rm1800).boleh tahan ler tu..

GAKUENSAI 1997

Jen..jeng... tahun ni jumlah warga tokai bertambah lagi 7 orang, sobertambah meriah lagi ler gakuensai kali ni. Untuk memberi penghormatan kepada bebudak batch ke 3 ni, maka tempat berkumpul dan pengeluaran telah dipindahkan ke rumah salah sorang dari mereka, dan pemuda bertuah itu tak lain tak bukan WAN dari trengganu kite.

Menu tahun ni, tak banyak berubah dari tahun lepas, cuma tambah murtabak peh tu tolak cekodok pisang. Hasilnyer, jumlah jualan pada tahun ni, meningkat dengan drastiknyer berbanding dengan tahun lepas. Jumlah untung bersih pada tahun ini mencecah hampir80000 yen (rm2400).banyakkan..tapi duit tu entah pergi maner tah...


GAKUENSAI 1998

Gakuensai 1998 mencatat sejarah apabila MIZAM THE HAUNTING telah berjaya melantik dirinyer menjadi syacho, merangkap juga sebagai tukang masak utama. Bagaimana pun, pada hari pertama MIZAM THE HAUNTING telah didapati hilang, membuatkan semua orang tertanya-tanya. Bagaimanapun persoalan tersebut telah terjawab apabila MIZAM THE HAUNTING telah dijumpai terdampar di dalam oshirei CHE LON(almari baju yang busuk). Gakuensai kali ni lebih meriah kerana CHE LON dengan bangga hatinyer telah menawarkan rumah nyer pula untuk dijadikan tapak berkumpul. Rumah IS pun jadi mangsa gak tapi faktor tersebut boleh diabaikan pasal rumah dia memang bila-bila pun memang serabut ..is..gomen...


Gakuensai kali ni kitorang telah merombak menu dengan drastiknyer , buat pertama kalinyer yakitori telah diberi cabaran oleh sate dari bebudak Malaysia walaupun cabaran itu berakhir dengan sejumlah besar sate telah masuk ke mulut kitorang. Menu apam balik turut diperkenalkan dan mendapat sambutan yang menawan hati. APSA buat 2 tahun berturut-turut , setia dengan apron serta sudit nyer menjual murtabak popia.


GAKUENSAI 1999

Gakuensai tahun ni akhirnyer selamat juga dijayakan. Tahun ni kitorang cuma menjual karipap. mee kari dan apam balik. Jualan berkurangan berbanding dengan tahun-tahun yang lepas kerana ribut melanda hari kedua, tapi untung tetap untung.Paling best, tahun ni dapat makan mee kari buatan pendatang baru, CHEK.



DATA GAKUENSAI D'TOKIAN


1996

bil peserta : 7 org
tuan rumah: MIRAQ
menu : karipap, cek mek molek, cekodok pisang, popia
jumlah jualan : 90000yen
untung kasar : 60000yen
more pictures


1997

bil peserta : 14 org
tuan rumah: WAN
menu : karipap, murtabak, kuih cara, kuih jala, teh tarik WAN
jumlah jualan : 120000yen
untung kasar : 80000yen
more pictures


1998

bil peserta : 18 org
tuan rumah: CHE LON ,IS(adik id)
menu : karipap, sate!!!, murtabak, apam balik, kuih cara,
jumlah jualan : 130000
untung kasar : 90000
more pictures


1999

bil peserta : 18 org
tuan rumah: CHE LON , MIZAM(adik id)
menu : karipap. mee kari, apam balik,
jumlah jualan :
untung kasar :
more pictures



"NOTHING VENTURED, NOTHING GAIN"

richard branson