D'TOKAIAN LIFE

buatlah aper sajer asalkan bahagia....

Aktiviti...!!!! Kat tokai ni ade cam-cam aktiviti untuk dibuat, aktiviti berfaedah maupun aktiviti tak berfaedah. Kat sini ada ramai orang dan masing-masing ada lifestyle sendiri, ada yang suka feeling sorang-sorang (pesal) , ader yang suka berangan (pojie) , tidoq , tulis novel (aldriee) ,suka duduk atas tatami !! (cek) dan tak kurang jugak golongan parasit yang suka merayap kat rumah orang (macam mizam).apaper pun.. buatler aper sajer asalkan bahagia...


Time ader kelas hari biasa biasanyer tak banyak aktiviti yang dijalankan. Biasanyer ramai yang suka lepak-lepak di rumah tengok TV/video ataupun layan playstation , baca komik dan tidoq. Ader jugak spesis yang rajin hari-hari layan chat dan internet. Peh tu, wujud gak spesis tak berjenis yang rajin baito hari-hari cam Wahi ngan Peon... apapun.. buatler aper sajer asalkan bahagia..,


Time cuti ler paling syok pasal boleh lepak-lepak..(walaupun ada gak jenis yang lepak sepanjang masa). Biasanyer petang-petang main bola sepak . Sekali-sekala main jugak bowling atau billiard. Kadang-kadang kalau tensen giler pergi Karaoke jerit kuat-kuat. Kalau cuti panjang lagi kadang-kadang kitorang pergi BBQ atau camping dekat Tanzawa. Last year kitorang buat percutian beramai-ramai dekat HAKONE sambil meraikan IS yang dah nak graduate masa tu. Best giler sebab kitorang sewa satu bunglow tepi bukit dan kat situ boleh buat bising takder saper nak marah...



Tapi, aktiviti yang paling glamer kat sini mestiler aktiviti "makan-makan". Aktiviti ni boleh berlaku secara dirancang mahupun tak sengaja. Paling kurang dalam satu semester mesti buat majis makan-makan best-best punye. Maklumler, duduk kat rantau orang benda yang paling best mesti ler bila dapat makan masakan melayukan. Kalau nak tahu aper yang selalu kitorang masak, mei ler ke ruangan Gourmet.




LIFE IS A JOURNEY